Isnin, 23 Jun 2008

Sabtu, 21 Jun 2008

Jom Relaks Dengan Mawi World

Perbezaan takaful & insurans konvensional

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional.

Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Gharar
Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah,
"Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".

Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah,
"Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai
"Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan,
"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-
Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
Tidak diketahui kadar bayarannya.
Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
  • Penjual dan Pembeli
  • Aqad (Ijab dan Qabul)
  • Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi.
Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
  • Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  • Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  • Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  • Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  • Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ianya telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.
Maisir/Judi
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:
  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Riba
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa.
Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
Penyelesaian
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.
Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru' ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif Tabarru'
Tabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka. Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan.
Oleh itu Tabarru'yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut. Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata.
Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar. Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Memahami Insurans Dan Takaful

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat.

Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak .

Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.

Khamis, 19 Jun 2008

Gambarajah Peringkat Aliran Kehidupan Kita

Perihal Kewangan Sebagai Pelajar






Memulakan Kerjaya




Memulakan Keluarga




Memasuki Alam Persaraan






Soalan-Soalan Lazim Takaful Keluarga

Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami:

1. Adakah takaful keluarga hanya dikhaskan untuk orang Islam?

  • Tidak, takaful keluarga terbuka kepada semua individu tidak kira agama yang dianuti. Tidak ada sebarang penambahan daripada segi terma dan syarat yang akan dikenakan kepada peserta bukan Islam.

2. Apakah Akaun Peserta?

  • Akaun Peserta (AP) ialah akaun pelaburan bagi sebahagian daripada ansuran caruman takaful anda yang telah dikreditkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

3. Apakah Akaun Khas Peserta?

  • Akaun Khas Peserta (AKP) ialah di mana baki daripada ansuran caruman takaful anda telah dikreditkan sebagai caruman penyertaan (tabarru') bagi tujuan pembayaran manfaat takaful kepada mana-mana peserta yang menghadapi musibah disebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

4. Apakah rider atau manfaat tambahan?

  • 'Rider' atau manfaat tambahan memberi perlindungan tambahan daripada takaful keluarga asas seperti manfaat hospital dan pembedahan.

5. Apakah rider kematian akibat kemalangan?

  • 'Rider' kematian akibat kemalangan ialah perlindungan yang memberikan manfaat kematian dua kali ganda daripada jumlah perlindungan sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan. Contohnya, jika jumlah perlindungan untuk pelan asas ialah RM10,000, dengan 'rider' ini, waris anda akan menerima sejumlah RM20,000 jika anda meninggal dunia akibat kemalangan.

6. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat caruman/sumbangan takaful?

  • Anda boleh memilih untuk membuat ansuran caruman takaful secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan atau tahunan. Anda boleh membuat pembayaran melalui arahan tetap bank, potongan gaji atau di mana-mana cawangan pengendali takaful anda.

7. Apakah hilang upaya kekal?

  • Hilang upaya kekal ialah hilang upaya sama ada akibat kecederaan badan atau penyakit yang menyebabkan anda tidak berupaya langsung untuk melakukan sebarang kerja.

8. Adakah saya layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan jika saya menyertai takaful keluarga?

  • Ya, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan bila anda menyertai takaful keluarga. Pengendali takaful anda akan mengeluarkan penyata caruman tahunan bagi menyokong penyata cukai pendapatan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Keselesaan Anda Keutamaan Kami





Kehidupan tidak selalunya sepertimana yang dirancang.
Dengan MEDIC-SAVE RIDER, keperluan anda akan tercapai.
Kami menawarkan SKIM PERLINDUNGAN PERUBATAN yang direka untuk memberikan anda perlindungan yang menyeluruh dengan KESELESAAN amat diperlukan.




Kad Perubatan eTiQa Takaful Berhad
Anda hanya perlu membayar 10% sahaja dari jumlah keseluruhan bil perubatan.
Sumbangan yang berbaloi dengan pilihan cara pembayaran.
Jaminan sehingga umur anda 75 tahun