Ahad, 11 Oktober 2009

Bagaimanakah anda melindungi diri anda daripada penipuan insurans?

  • Berwaspada terhadap ejen insurans yang tidak berdaftar. Sebelum membeli insurans, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda atau Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)] atau Persatuan Takaful Malaysia [Malaysian Takaful Association (MTA)] untuk memastikan ejen berkenaan adalah ejen yang sah.
  • Elakkan daripada membayar premium menggunakan wang tunai. Bayar premium anda melalui cek atau kiriman wang. Buat bayaran itu kepada syarikat insurans atau pengendali takaful dan bukan kepada ejen.
  • Jangan sekali-kali menandatangani borang permohonan insurans atau takaful, atau borang tuntutan insurans atau takaful yang kosong.
  • Berasa syak wasangka sekiranya harga insurans atau takaful terlalu rendah daripada syarikat insurans atau pengendali takaful lain.
  • Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperinci bagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yang diberikan dan semak ketepatannya.
  • Hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis secara berhati-hati sekiranya anda telah ditipu atau telah/sedang dipujuk supaya menyertai suatu penipuan. Berikan maklumat sebanyak yang mungkin tentang kejadian itu - nama individu-individu, amaun, tarikh dan jenis penipuan yang terlibat.

Tiada ulasan: