Ahad, 11 Oktober 2009

Jangan menjadi mangsa kepada penukaran polisi

Penukaran polisi berlaku apabila pemegang polisi yang memiliki polisi yang mempunyai nilai tunai, dipujuk untuk menukar perlindungan yang sedia ada kepada polisi lain melalui cara-cara yang berikut:

  • Menghentikan atau meluputkan polisi sedia ada dan menggunkan premium tersebut untuk membeil polisi baru.
  • Menukar polisi asal kepada polisi insurans berbayar yang mempunyai jumlah diinsuranskan yang lebih rendah.
  • Menukar polisi asal kepada insurans bertempoh yang dipanjangkan tempohnya.

Kerugian yang akan anda alami dengan menukar polisi anda:

  • Penglibatan kos yang lebih tinggi memandangkan kadar premium yang perlu dibayar apabila umur meningkat.
  • Polisi baru memerlukan tempoh menunggu yang baru dan akan memulakan tempoh boleh tanding selama dua tahun sekali lagi.
  • Kehilangan beberapa ciri tertentu dalam polisi baru anda disebabkan factor perubahan status kesihatan dan umur.

Sekiranya anda memiliki polisi insurans yang mempunyai nilai tunai, berhati-hati apabila dipujuk untuk membatalkan atau menukar polisi. Ini kerana ejen insurans menerima komisen yang paling tinggi daripada wang premium yang anda bayar dalam tahun pertama.

Ejen yang profesional akan sentiasa memberi keutamaan atas kepentingan anda. Bagaimanapun, jika anda merasakan yang anda akan mendapat manfaat dengan menukar polisi anda, anda boleh menulis surat kepada syarikat insurans bagi mendapatkan pengesahan secara bertulis bahawa penukaran polisi itu tidak akan merugikan anda.

Tiada ulasan: