Isnin, 23 November 2009
Ahad, 11 Oktober 2009
Panduan penting apabila membeli polisi insurans atau menyertai pelan takaful.
- Benar-benar memahami polisi insurans atau pelan takaful anda termasuklah ciri-ciri produk, syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
- Memastikan premium insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
- Memastikan amaun perlindungan adalah mencukupi dan sesuai dengan keperluan anda.
- Memastikan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
- Berurusan hanya dengan ejen berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau pengendali takaful.
- Memantau tempoh perlindungan dan masa untuk membayar premium atau caruman.
Jangan menjadi mangsa kepada penukaran polisi
Penukaran polisi berlaku apabila pemegang polisi yang memiliki polisi yang mempunyai nilai tunai, dipujuk untuk menukar perlindungan yang sedia ada kepada polisi lain melalui cara-cara yang berikut:
Kerugian yang akan anda alami dengan menukar polisi anda:
Sekiranya anda memiliki polisi insurans yang mempunyai nilai tunai, berhati-hati apabila dipujuk untuk membatalkan atau menukar polisi. Ini kerana ejen insurans menerima komisen yang paling tinggi daripada wang premium yang anda bayar dalam tahun pertama.
Ejen yang profesional akan sentiasa memberi keutamaan atas kepentingan anda. Bagaimanapun, jika anda merasakan yang anda akan mendapat manfaat dengan menukar polisi anda, anda boleh menulis surat kepada syarikat insurans bagi mendapatkan pengesahan secara bertulis bahawa penukaran polisi itu tidak akan merugikan anda.
- Menghentikan atau meluputkan polisi sedia ada dan menggunkan premium tersebut untuk membeil polisi baru.
- Menukar polisi asal kepada polisi insurans berbayar yang mempunyai jumlah diinsuranskan yang lebih rendah.
- Menukar polisi asal kepada insurans bertempoh yang dipanjangkan tempohnya.
Kerugian yang akan anda alami dengan menukar polisi anda:
- Penglibatan kos yang lebih tinggi memandangkan kadar premium yang perlu dibayar apabila umur meningkat.
- Polisi baru memerlukan tempoh menunggu yang baru dan akan memulakan tempoh boleh tanding selama dua tahun sekali lagi.
- Kehilangan beberapa ciri tertentu dalam polisi baru anda disebabkan factor perubahan status kesihatan dan umur.
Sekiranya anda memiliki polisi insurans yang mempunyai nilai tunai, berhati-hati apabila dipujuk untuk membatalkan atau menukar polisi. Ini kerana ejen insurans menerima komisen yang paling tinggi daripada wang premium yang anda bayar dalam tahun pertama.
Ejen yang profesional akan sentiasa memberi keutamaan atas kepentingan anda. Bagaimanapun, jika anda merasakan yang anda akan mendapat manfaat dengan menukar polisi anda, anda boleh menulis surat kepada syarikat insurans bagi mendapatkan pengesahan secara bertulis bahawa penukaran polisi itu tidak akan merugikan anda.
Bagaimanakah anda melindungi diri anda daripada penipuan insurans?
- Berwaspada terhadap ejen insurans yang tidak berdaftar. Sebelum membeli insurans, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda atau Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia [Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)] atau Persatuan Takaful Malaysia [Malaysian Takaful Association (MTA)] untuk memastikan ejen berkenaan adalah ejen yang sah.
- Elakkan daripada membayar premium menggunakan wang tunai. Bayar premium anda melalui cek atau kiriman wang. Buat bayaran itu kepada syarikat insurans atau pengendali takaful dan bukan kepada ejen.
- Jangan sekali-kali menandatangani borang permohonan insurans atau takaful, atau borang tuntutan insurans atau takaful yang kosong.
- Berasa syak wasangka sekiranya harga insurans atau takaful terlalu rendah daripada syarikat insurans atau pengendali takaful lain.
- Bertegaslah untuk mendapatkan bil yang terperinci bagi pembaikan dan perkhidmatan perubatan yang diberikan dan semak ketepatannya.
- Hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda, PIAM/LIAM/MTA atau pihak polis secara berhati-hati sekiranya anda telah ditipu atau telah/sedang dipujuk supaya menyertai suatu penipuan. Berikan maklumat sebanyak yang mungkin tentang kejadian itu - nama individu-individu, amaun, tarikh dan jenis penipuan yang terlibat.
Selasa, 29 Julai 2008
Bersedia untuk persaraan
Semakin anda meniti usia, isu-isu kewangan anda lazimnya akan berkaitan dengan wang persaraan anda.
Anda perlu menilai secara terperinci sama ada anda mampu untuk bersara apabila tiba waktunya.
Ketahui bagaimana perancangan kewangan yang teliti dapat memastikan anda hidup selesa selepas bersara.
Ketahui cara bijak untuk melabur wang anda dan nikmati pulangan pelaburan anda pada tahun-tahun persaraan anda.
Dengan perlindungan yang sesuai untuk pelaburan dan anuiti persaraan anda, anda boleh menikmati kehidupan anda selepas bersara bersama-sama yang tersayang.
Memulakan keluarga
Keluarga merupakan aspek paling utama di dalam hidup kebanyakan ibu bapa. Anda mahu memastikan keperluan semua ahli keluarga anda dipenuhi dan masa depan mereka terjamin walaupun anda sudah tiada.
Kemahiran asas yang terpenting ialah memastikan kewangan keluarga anda terpelihara dan keluarga anda tahu bagaimana untuk menguruskan wang. Gunakan kalkulator belanjawan kami untuk membantu anda.
Anda juga boleh mengajar tabiat pengurusan wang secara bijak kepada anak-anak anda melalui Duitsaku.com. Apabila aspek kewangan anda sudah cukup stabil, anda boleh mempelajari bagaimana untuk melabur wang anda untuk mewujudkan simpanan yang lebih untuk masa depan.Pertimbangan lain yang sama pentingnya ialah mempunyai perlindungan peribadi untuk anda dan yang tersayang. Sama ada perlindungan insurans atau takaful, keluarga anda seharusnya dapat meneruskan kehidupan mereka walaupun anda sudah tiada.
Berikan masa depan yang cerah kepada anak-anak anda dengan mendapatkan pelan pendidikan anak dan jamin keselesaan kehidupan anda selepas bersara dengan skim anuiti.Sekiranya anda mencari pembiayaan untuk membeli kenderaan atau rumah idaman, ketahui pinjaman-pinjaman yang ditawarkan institusi perbankan.
Pastikan anda membandingkan ciri-ciri dan kadar pinjaman-pinjaman ini dan kira ansuran pinjaman ini sebelum memilih pinjaman yang sesuai dengan keperluan anda.
Jika anda mempertimbangkan tentang opsyen pelaburan, gunakan panduan kami tentang pelaburan sebagai rujukan untuk mengetahui pendekatan pelaburan yang berbeza mengikut kitaran hidup yang berlainan.
Memulakan Kerjaya
Melangkah ke alam pekerjaan merupakan titik permulaan bagi anda untuk mula mendalami pengurusan kewangan dan mengetahui akaun perbankan mana yang perlu dipilih untuk memenuhi keperluan anda.
Bandingkan kadar dan manfaat yang ditawarkan produk-produk yang berbeza. Untuk membuat bajet, gunakan kalkulator bajet kami untuk membantu anda merancang kewangan anda dengan lebih baik.
Anda juga mungkin mahu mengetahui cara-cara bayaran alternatif untuk pembelian anda. Jika pendapatan tahunan anda melebihi RM18,000, anda boleh memohon kad bayaran. Bandingkan kad-kad yang ditawarkan, dan yang lebih penting, ketahui bagaimana untuk mengurus penggunaan kad-kad ini kerana penggunaan yang tidak terkawal boleh membawa bebanan kewangan kepada anda.
Jika anda ingin membeli rumah atau kereta sendiri, terdapat pelbagai pinjaman perumahan dan sewa beli kenderaan yang boleh membiaya pembelian ini, ditawarkan oleh pelbagai institusi perbankan. Bandingkan produk-produk yang ditawarkan, dan buat perbezaan harga dan ciri-ciri pinjaman.
Lawati laman jadual perbandingan kami untuk membantu anda membuat perbandingan ini. Anda juga harus ingat, dengan pembelian rumah atau kenderaan, anda juga perlu mendapatkan perlindungan insurans untuk rumah, kenderaan atau pinjaman anda.Pertimbangkan bagaimana anda membelanjakan wang lebihan dengan berhemat. Bacalah tip tentang pelaburan dan cara-cara untuk mengelakkan pelaburan yang merugikan daripada panduan kami.
Anda juga boleh mengetahui tentang insurans perubatan dan kesihatan serta insurans berkaitan pelaburan agar anda dilindungi sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Lindungi harta benda anda dengan polisi insurans atau pelan takaful yang sesuai dan anda pasti tenang melalui kehidupan seharian dengan yang tersayang.
Langgan:
Catatan (Atom)

