Isnin, 23 Jun 2008

Sabtu, 21 Jun 2008

Jom Relaks Dengan Mawi World

Perbezaan takaful & insurans konvensional

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional.

Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.

Gharar
Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah,
"Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".

Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah,
"Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai
"Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan,
"Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ianya berkait dengan:-
Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
Tidak diketahui kadar bayarannya.
Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:
  • Penjual dan Pembeli
  • Aqad (Ijab dan Qabul)
  • Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi.
Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
  • Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  • Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  • Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  • Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  • Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ianya telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.
Maisir/Judi
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bila mana:
  • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
  • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
  • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Riba
Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa.
Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
Penyelesaian
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.
Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru' ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif Tabarru'
Tabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka. Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan.
Oleh itu Tabarru'yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut. Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata.
Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ianya tidaklah dijadikan isu yang besar. Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Memahami Insurans Dan Takaful

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan.

Anda tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi atau pelan untuk melindungi harta anda. Sekiranya anda memiliki lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan jika sebarang kerugian atau kerosakan berlaku. Jumlah yang boleh dibayar akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat.

Oleh itu, anda tidak boleh meraih keuntungan daripada polisi insurans am atau pelan takaful. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan yang setimpal atau anda akan ditetakkan kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi hayat anda.Kontrak insurans atau takaful adalah atas prinsip penuh percaya mutlak .

Oleh itu, anda sebagai pemegang polisi atau pelan haruslah mendedahkan semua maklumat penting yang diperlukan. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian atau kerosakan.

Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh menikmati perkongsian lebihan daripada dana takaful, berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.

Khamis, 19 Jun 2008

Gambarajah Peringkat Aliran Kehidupan Kita

Perihal Kewangan Sebagai Pelajar






Memulakan Kerjaya




Memulakan Keluarga




Memasuki Alam Persaraan






Soalan-Soalan Lazim Takaful Keluarga

Jawapan yang anda cari-cari mungkin terdapat di dalam senarai soalan lazim kami:

1. Adakah takaful keluarga hanya dikhaskan untuk orang Islam?

  • Tidak, takaful keluarga terbuka kepada semua individu tidak kira agama yang dianuti. Tidak ada sebarang penambahan daripada segi terma dan syarat yang akan dikenakan kepada peserta bukan Islam.

2. Apakah Akaun Peserta?

  • Akaun Peserta (AP) ialah akaun pelaburan bagi sebahagian daripada ansuran caruman takaful anda yang telah dikreditkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

3. Apakah Akaun Khas Peserta?

  • Akaun Khas Peserta (AKP) ialah di mana baki daripada ansuran caruman takaful anda telah dikreditkan sebagai caruman penyertaan (tabarru') bagi tujuan pembayaran manfaat takaful kepada mana-mana peserta yang menghadapi musibah disebabkan kematian atau hilang upaya kekal.

4. Apakah rider atau manfaat tambahan?

  • 'Rider' atau manfaat tambahan memberi perlindungan tambahan daripada takaful keluarga asas seperti manfaat hospital dan pembedahan.

5. Apakah rider kematian akibat kemalangan?

  • 'Rider' kematian akibat kemalangan ialah perlindungan yang memberikan manfaat kematian dua kali ganda daripada jumlah perlindungan sekiranya kematian disebabkan oleh kemalangan. Contohnya, jika jumlah perlindungan untuk pelan asas ialah RM10,000, dengan 'rider' ini, waris anda akan menerima sejumlah RM20,000 jika anda meninggal dunia akibat kemalangan.

6. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat caruman/sumbangan takaful?

  • Anda boleh memilih untuk membuat ansuran caruman takaful secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan atau tahunan. Anda boleh membuat pembayaran melalui arahan tetap bank, potongan gaji atau di mana-mana cawangan pengendali takaful anda.

7. Apakah hilang upaya kekal?

  • Hilang upaya kekal ialah hilang upaya sama ada akibat kecederaan badan atau penyakit yang menyebabkan anda tidak berupaya langsung untuk melakukan sebarang kerja.

8. Adakah saya layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan jika saya menyertai takaful keluarga?

  • Ya, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan bila anda menyertai takaful keluarga. Pengendali takaful anda akan mengeluarkan penyata caruman tahunan bagi menyokong penyata cukai pendapatan anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Keselesaan Anda Keutamaan Kami





Kehidupan tidak selalunya sepertimana yang dirancang.
Dengan MEDIC-SAVE RIDER, keperluan anda akan tercapai.
Kami menawarkan SKIM PERLINDUNGAN PERUBATAN yang direka untuk memberikan anda perlindungan yang menyeluruh dengan KESELESAAN amat diperlukan.




Kad Perubatan eTiQa Takaful Berhad
Anda hanya perlu membayar 10% sahaja dari jumlah keseluruhan bil perubatan.
Sumbangan yang berbaloi dengan pilihan cara pembayaran.
Jaminan sehingga umur anda 75 tahun

Analisis Kos Perubatan

MELINDUNGI KESIHATAN ANDA

Kos rawatan di hospital dan rawatan perubatan swasta kini semakin meningkat. Dengan pelan takaful perubatan dan kesihatan, anda dan keluarga boleh menikmati pelbagai rawatan yang terkini dan canggih ketika anda memerlukannya. Ketahui apakah sebenarnya yang dilindungi pelan takaful kesihatan dan perubatan.


PELAN TAKAFUL KESIHATAN DAN PERUBATAN.
Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.


JENIS-JENIS PERLINDUNGAN UTAMA

* Fi Profesional Dan Perkhidmatan Hospital
Pelan ini memberi perlindungan kepada anda terhadap perbelanjaan perkhidmatan hospital dan fi profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum dan/atau bilangan hari.

* Manfaat Penghospitalan.
Di bawah pelan ini, anda akan diberi elaun harian bagi setiap hari anda berada di hospital disebabkan oleh penyakit dan/atau kecederaan tertakluk kepada bilangan hari maksimum.

* Penyakit Kritikal
Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya anda didiagnolisis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan dalam sijil.

Apa Yang Anda Perlu Tahu:Bagaimana Saya Membuat Tuntutan

Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil pelan takaful keluarga anda. Jika anda perlu membuat tuntutan, maklumkan pengendali takaful anda dengan segera. Ikuti prosedur-prosedur berikut untuk mempercepat dan mempermudah pemprosesan tuntutan anda oleh pengendali takaful anda.

Untuk tuntutan matang
Sediakan salinan sijil takaful keluarga.

Untuk tuntutan kecacatan
Sediakan salinan asal sijil takaful keluarga dan laporan doktor.

Untuk tuntutan kematian
Penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:
Salinan sijil kematian yang disahkan;
Salinan kad pengenalan simati;
Sijil takaful asal;
Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan
Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.

Di dalam perkara ini, adalah penting untuk mempunyai seorang penama kerana ia memudahkan tuntutan dibuat oleh waris anda. Ketahui bagaimana untuk membuat penamaan untuk pelan takaful dan polisi insurans anda di sini.

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Perlu Buat & Jangan Buat

Apabila Memohon Pelan Takaful Keluarga



  • Anda perlu isytihar semua fakta penting mengenai risiko yang akan dilindungi.

  • Anda perlu baca dan fahami "Notis Mustahak" di dalam Borang Cadangan.

  • Anda perlu jawab semua soalan dengan lengkap dan tepat.

  • Anda perlu lengkapkan dan tandatangan borang anda sendiri.


Jangan biarkan mana-mana soalan di dalam Borang Cadangan tidak dijawab.
Jangan gunakan tanda pangkah atau sempang untuk menjawab soalan yang memerlukan jawapan lengkap.
Jangan merahsiakan atau memberi gambaran yang salah mengenai fakta penting yang diperlukan. Sijil yang dikeluarkan akan menjadi tidak sah dan tuntutan boleh ditolak.
Jangan menandatangani borang kosong.




Apa Yang Anda Perlu Tahu: Terma Dan Syarat Utama

Terma Dan Syarat Utama
Sebahagian daripada terma-terma penting yang digunapakai di dalam takaful keluarga ialah:

Sumbangan
Ini ialah ansuran sumbangan takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar sumbangan secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.

Tempoh tangguh

Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.

Tempoh matang
Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Perlindungan & Pengecualian

PERLINDUNGAN
Takaful keluarga melindungi anda dalam keadaan seperti kematian atau hilang upaya. Jika anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:

Daripada AP anda
Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.

Daripada AKP anda
Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:
Daripada AP anda : Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.

Daripada AKP anda: Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.


PENGECUALIAN
Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:

*
Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.
*Jika anda melanggar undang-undang.
*Jika anda memprovokasi serangan.
*Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
*Jika anda menghidap AIDS atau HIV.
*Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Konsep Takaful Dalam Takaful Keluarga

Takaful keluarga berfungsi secara kepentingan bersama, di mana para peserta menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana sebagai caruman penyertaan (tabarru’).


Dengan itu, sebahagian daripada sumbangan anda boleh digunakan untuk peserta lain yang menghadapi musibah, seperti kematian atau kecacatan kekal.

Dana ini dikenali sebagai Akaun Khas Peserta (AKP) yang akan digunakan untuk saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah.Takaful keluarga juga merangkumi sebuah lagi dana, khas untuk simpanan dan pelaburan. Dana ini dikenali sebagai Akaun Peserta (AP).


Caruman anda untuk simpanan dan pelaburan di dalam dana ini akan dilaburkan oleh pengendali takaful dan keuntungan akan dikongsi di antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.


Pada tarikh matang pelan anda, anda layak berkongsi lebihan dana itu, jika ada. Contoh perkiraan di bawah menunjukkan secara ringkas bagaimana konsep takaful boleh membawa manfaat kepada anda.


Contoh:
Pengendali pelan takaful anda mempunyai jumlah lebihan (L) RM 4 juta dan jumlah caruman am (CA) sebanyak RM 10 juta. Caruman anda (C) pada tahun itu ialah RM500 dan lebihan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah perkongsian yang dipersetujui (NP) iaitu 50:50. Jumlah perkongsian lebihan yang akan anda terima:


MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA

  1. PELAN TAKAFUL KELUARGA
  • Anda tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Justeru, anda perlu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Lindungilah diri dan keluarga anda dengan pelan takaful yang memberi perlindungan serta simpanan jangka panjang untuk anda dan keluarga anda. Ketahui bagaimana pelan takaful keluarga dapat membantu anda merealisasikan rancangan ini.
    Mesra
    Ehsan
    Warisan

2. PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN.

  • Anda boleh menggabungkan faedah perlindungan takaful dengan pelaburan yang dibenarkan Syariah. , Anda bukan sahaja dapat menikmati faedah kewangan daripada pelaburan anda, malahan dapat menjamin perlindungan bagi anda dan mereka yang anda sayangi. Kecapilah jaminan ini dengan pelan takaful berkaitan pelaburan.
  • Prima

3. PELAN TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK

  • Sebagai ibu bapa penyayang, anda pasti mahukan anak-anak anda berjaya mencapai cita-cita. Aspek utama dalam memastikan kejayaan mereka ialah melalui pendidikan. Bagi menjamin kejayaan anak-anak anda, terutamanya di dalam pelajaran, anda boleh memastikan pembiayaan pendidikan mereka terpelihara dengan pelan takaful pendidikan anak.
    Sarjana

Rabu, 18 Jun 2008

Prinsip Asas Takaful

Anda mesti mempunyai kepentingan kewangan yang sah dalam subjek yang berkenaan untuk menyertai pelan takaful.

Kontrak takaful adalah berdasarkan prinsip penuh percaya mutlak (amanah) yang memerlukan anda mendedahkan semua maklumat semula yang berkaitan.

Anda hanya boleh memperolehi nilai kerugian kewangan anda dan bukan mendapat keuntungan berikutan sesuatu kerugian yang boleh ditentukan nilainya.

Dalam menentukan pampasan, pengendali takaful akan mengenal pasti punca kerugian tersebut.

Setelah anda menerima pampasan bagi kerugian tersebut, pengendali takaful berhak menuntut daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut.

Sekiranya sesuatu kerugian ditanggung oleh lebih daripada satu pelan takaful atau polisi insurans, pengendali takaful yang telah membuat pembayaran kepada anda boleh meminta pengendali takaful atau syarikat insurans lain yang terbabit untuk menyumbang mengikut kadar bahagian masing-masing.

Jenis Takaful

Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’).

Anda dikehendaki untuk memeterai kontrak (aqad) yang menjadikan anda salah seorang peserta dan bersetuju untuk membantu antara satu sama lain sekiranya mana-mana peserta mengalami sebarang musibah, sama ada kematian, hilang upaya kekal, kerugian, kerosakan atau lain-lain musibah yang dilindungi di bawah pelan takaful anda.

Pelan perlindungan takaful adalah berdasarkan prinsip Syariah yang menawarkan pelbagai ciri unik kepada pemegang polisi. Secara amnya, pelan perlindungan terbahagi kepada dua jenis, iaitu takaful keluarga dan takaful am.

Pilih Pelan Takaful Anda

  1. MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA.

2. MELINDUNGI HARTA BENDA ANDA.

3. MELINDUNGI KESIHATAN ANDA.

4. MELINDUNGI KEPERLUAN PERIBADI ANDA.

Surat Penjelasan Hukum Insuran Dari Segi Syarak

Keputusan Fatwa Kebangsaan Yang Paling Popular
Surat Penjelasan Hukum Insuran Dari Segi Syarak,


Insuran Biasa/Konvensional Adalah Haram dan Wajib Untuk Kita Meninggalkan Yang Haram , Pilihlah Sistem Takaful Yang Terjamin Halal Dan Bebas Dari Unsur-Unsur Judi, Riba dan ketidaktentuan.
Sebarkan semoga sistem kewangan Islam semakin berkembang..

Hari Tua Anda.....Sudahkah Anda Bersedia????

Anda sudah bersedia untuk meniti hari tua anda.

Inilah tempoh waktu untuk anda menikmati hidup dengan penuh keselesaan setelah bersara tanpa perlu risau untuk mengekalkan taraf hidup yang anda sudah terbiasa suatu ketika dahulu.

Ya, anda perlu untuk berjimat secara sistematik untuk menikmati gaya hidup yang selesa selepas bersara.

Ini bermakna, kini adalah masa yang paling sesuai untuk anda merancang menghadapi saat persaraan anda nanti agar hidup anda nanti penuh bermakna.

Perancangan Untuk Anak...

Setiap ibu bapa memiliki impian untuk menyediakan segala yang terbaik dan sempurna buat anak-anak mereka, sejak mereka dilahirkan lagi. Pendidikan anak-anak mestilah diberikan keutamaan, tetapi ia juga menjadi satu kebimbangan kepada ibu bapa masa kini.
Pendidikan yang sempurna adalah penting untuk anak-anak anda melangkah penuh kejayaan. Ia tidak berlaku begitu sahaja, anda perlukan sebuah pelan untuk mencapainya.
Cara terbaik untuk menyediakan anak anda agar mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna adalah dengan bersedia untuk menghadapi perbelanjaan kos pendidikan yang tinggi.

Merancang awal dengan menyimpan demi masa depan anak-anak anda.

Baru Berkahwin.....???


  • Mendirikan rumah tangga adalah satu langkah sulung untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Ini bermakna, anda sudah bersedia untuk mempunyai kediaman dan tidak lama lagi, akan berkeluarga. Membuat perancangan awal amat penting kerana ia akan membantu anda mengecapi kenikmatan hidup di kemudian hari. Oleh itu, anda dan orang tersayang mestilah dilindungi daripada ketidaktentuan dan risiko hidup. Apabila anda ingin memulakan hidup baru, anda perlukan pelan perlindungan insurans mudah yang menawarkan anda pelan yang fleksibel dan pilihan untuk memilih jenis dan jumlah perlindungan yang anda perlukan.

Asal Usul eTiQa Takaful...

Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.
Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.
Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannay penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM313.5 juta.

Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.

Selasa, 17 Jun 2008

KENAPA ANDA MESTI DAN SANGAT DIGALAKKAN MEMPUNYAI PERLINDUNGAN & SIMPANAN DENGAN MENYERTAI ETIQA TAKAFUL ?



  1. Kerana hanya takaful SATU-SATUNYA PILIHAN anda sebagai umat Islam untuk mendapatkan perlindungan insuran yang HALAL.

  2. Kerana anda tidak tahu apa terjadi kepada anda pada esok hari,lusa,minggu hadapan,tahun hadapan... masa depan..

  3. Kerana anda WAJIB bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga anda.

  4. Kerana setelah ketiadaan anda di dunia ini, cukupkah apa yang anda tinggalkan untuk keluarga anda meneruskan hidup? contohnya membayar hutang anda?

  5. Kerana jika anda hilang upaya dan tidak mampu bekerja lagi, anda masih mempunyai pendapatan untuk menanggung keluarga. Jika tidak, anda menderita sambil melihat keluarga anda menanggung derita.Sanggupkah anda?

  6. Kerana anda MESTI membuat persediaan untuk masa hadapankeluarga dan pendidikan anak-anak.

  7. Kerana dengan menyertai takaful anda telah membantu memperkuatkan ekonomi umat Islam melalui zakat, tabung khairat, tabung pelaburan dan sebagainya.

  8. Kerana dengan menyertai takaful anda telah menderma dan membantu anak-anak yatim setiap hari tanpa anda sedari.

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”(Al-Bukhori)


“Roh orang yang berhutang tergantung disebabkan hutangnya sehingga dijelaskan hutangnya oleh pewaris”(Maksud Hadis)

Isnin, 16 Jun 2008

Panduan Menyertai eTiQa Takaful daripada Bank Negara Malaysia




Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk membantu anda memahami takaful keluarga. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.


Apakah takaful keluarga?


Takaful keluarga memberikan anda perlindungan serta memperoleh simpanan jangka panjang. Anda atau waris anda akan mendapat manfaat dalam bentuk kewangan jika anda ditimpa kemalangan. Pada masa yang sama, anda akan menikmati simpanan persendirian jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman anda akan didepositkan ke dalam sebuah akaun untuk tujuan simpanan. Anda akan menikmati pulangan pelaburan daripada caruman simpanan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.Jika anda menyertai takaful keluarga, anda layak untuk mendapat pelepasan cukai perseorangan seperti insurans nyawa. Amaun maksimum bagi pelepasan takaful keluarga biasa ialah RM5,000 setahun setelah ditolak caruman yang dibayar kepada skim faedah saraan, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bagi pelan perubatan dan pelajaran, pelepasan cukai ialah RM3,000 setahun.


Konsep takaful dalam takaful keluarga.


Apabila anda menyertai takaful keluarga, anda akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful. Anda akan memeterai perjanjian (aqad) bagi sebahagian daripada caruman anda sebagai caruman penyertaan (tabarru’) dan sebahagian lagi sebagai simpanan dan pelaburan.


Caruman anda dalam bentuk tabarru’ akan dimasukkan ke dalam sebuah dana (Akaun Khas Peserta atau AKP) yang akan digunakan untuk memenuhi tanggungjawab anda dalam saling membantu sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah seperti kematian atau hilang upaya kekal.


Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang pelan tersebut, anda layak untuk berkongsi lebihan bersih daripada dana itu, jika ada.Pengendali takaful akan melaburkan caruman simpanan dan pelaburan anda (Akaun Peserta atau AP) dan keuntungan akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui.


Jenis perlindungan


Takaful keluarga boleh dibahagikan seperti berikut:·


Keluarga Biasa:–

Takaful keluarga individu (perseorangan)

(TN Mesra, TN Ehsan, TN Sarjana, TN Afiah, TN Warisan)

– Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji, kesihatan dan ‘rider’. Anda akan menerima manfaat kewangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang (pelaburan) dan keuntungan pelaburan yang akan diberikan sekiranya dituntut, matang atau serahan awal.


Takaful keluarga berkumpulan

(majikan, kelab, persatuan dan kesatuan)

– Ini termasuk pelan pelajaran berkumpulan, perubatan berkumpulan, kesihatan dan ‘rider’. Jumlah minimum peserta dikehendaki untuk layak memasuki pelan ini. Anda akan mendapat perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.·


Berkaitan pelaburan

(TN Prima)

- Sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit-unit pelaburan seperti unit saham atau sekuriti pendapatan tetap. Perlindungan takaful merangkumi kematian dan hilang upaya kekal.Takaful keluarga 'rider' merupakan tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. 'Rider' memberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan diri dan hilang upaya, perubatan dan kesihatan.


Manfaat di bawah takaful keluarga.


Sekiranya anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:·



  • Daripada AP anda

Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.




  • Daripada AKP anda

Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:·




  • Daripada AP anda

Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.·




  • Daripada AKP anda

Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.


Terma dan syarat utama
Mustahak bagi anda memahami terma-terma yang digunakan dalam takaful keluarga. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma itu, anda hendaklah bertanya kepada ejen anda atau pengendali takaful. Oleh kerana sijil merupakan kontrak yang sah, maksud-maksud yang termaktub di dalam sijil tersebut akan diguna pakai semasa tuntutan dibuat.Sebahagian daripada terma-terma penting ialah:·




  • Sumbangan – Ini ialah ansuran sumbangan takaful anda yang dibayar kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar caruman secara bulanan, suku-tahunan, separuh-tahunan ataupun tahunan.


  • Tempoh tangguh – Anda akan dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dijelaskan akan ditolak daripada jumlah manfaat takaful anda.·


  • Tempoh matang – Anda boleh memilih sebarang tempoh matang yang sesuai untuk keperluan anda. Julat tempoh ini ialah dari 10 tahun hingga 40 tahun.

Ciri-ciri penting takaful keluarga


Sebahagian daripada ciri-ciri penting takaful keluarga ialah:




  • Terbuka kepada semua individu berumur antara 18 hingga 60 tahun.


  • Anda mempunyai pilihan tempoh matang.


  • Tidak ada pelucuthakan jika berlaku pembatalan.


  • Kemudahan untuk mengeluarkan sebahagian daripada caruman.


  • Perkongsian lebihan dengan pengendali takaful.


  • Menyediakan simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Pengecualian


Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:




  • Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.


  • Jika anda melanggar undang-undang.


  • Jika anda memprovokasi serangan.


  • Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.


  • Jika anda menghidap AIDS atau HIV.


  • Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.

Penama polisi anda




  • Beritahu penama (wasi) anda


  • Beritahu penama anda tentang takaful keluarga yang anda sertai, sebarang perubahan yang telah dibuat dan tempat di mana anda menyimpan dokumen-dokumen tersebut.


  • Simpan dokumen-dokumen tersebut di tempat yang selamat.


  • Letakkan maklumat-maklumat asas seperti nama pengendali takaful, jenis pelan, nombor sijil dan nama-nama penama di tempat yang berasingan.


  • Pastikan anda memaklumkan alamat penama anda dan pertukaran, jika ada, kepada pengendali takaful anda.

Bagaimanakah saya membuat tuntutan?


Pengendali takaful akan membuat pembayaran kepada anda atau penama anda, bergantung kepada terma dan syarat di dalam sijil anda.


Semasa membuat tuntutan:·




  • Maklumkan kepada pengendali takaful anda dengan segera.


  • Untuk tuntutan matang, sediakan salinan sijil takaful keluarga.·


  • Untuk tuntutan kematian, penama anda hendaklah menyediakan dokumen-dokumen berikut:



  1. –Salinan sijil kematian yang disahkan;


  2. –Salinan kad pengenalan si mati;


  3. –Sijil takaful asal;


  4. –Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dan simati; dan


  5. – Dokumen-dokumen lain yang diminta oleh pengendali takaful.

Bagaimanakah saya membuat aduan?
Anda mungkin tidak berpuas hati apabila pengendali takaful menolak tuntutan anda atau dengan tawaran penyelesaian yang dibuat.




  • Pertama sekali, anda perlu membuat aduan kepada pengendali takaful.Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat, anda boleh merayu kepada Biro Pengantaraan Insurans (BPI) atau Bank Negara Malaysia.


  • Anda mestilah membuat rayuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh keputusan pengendali takaful dibuat.


  • BPI hanya boleh mengendalikan jumlah tuntutan sehingga RM100,000 setiap tuntutan.


  • Bagi kes-kes yang tidak termasuk dalam bidang kuasa BPI, anda boleh merujuk kes tersebut kepada Bank Negara Malaysia.


  • Anda juga boleh memilih untuk membawa kes anda terus ke mahkamah.


  • Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk membuat aduan di bawah topik Maklumat Am bertajuk 'Asas-asas Insurans dan Takaful'.

Aqad

Majlis Pengawasan Syariah

Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria (Chairman)
Assistant Professor
Dr Mohammad Deen bin Mohd Napiah

Assistant Professor
Dr. Ismail bin Mohd @ Abu Hassan





















Ciri-Ciri Pelan eTiQa


  1. Pembayaran bulanan yang MURAH dan MUDAH.
  2. PULANGAN simpanan yang TINGGI apabila Tempoh Matang.
  3. Pembahagian MUDHARABAH: 80% (Peserta) : 20% (Syarikat).
  4. Perlindungan 24 Jam serata DUNIA.
  5. PENGECUALIAN CUKAI Pendapatan.
  6. KEUNTUNGAN Mudharabah telah DIZAKATKAN.
  7. Berlandaskan SISTEM MUAMALAT ISLAM dan di bawah MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH.

Objektif Kami di eTiQa Takaful


  • Menyediakan TABUNGAN (WANG) untuk masa depan.
  • PERSEDIAAN seandainya berlaku MUSIBAH KEMALANGAN .
  • Sebagai TABUNG KECEMASAN (untuk Penyakit dan Kematian).
  • Menyediakan DANA TABUNGAN .
  • Pulangan Pelaburan berteraskan MUAMALAT ISLAM

Renung-Renungkanlah

Secara jujur,
sekiranya anda ditakdirkan
meninggal dunia semalam,
berapakah yang anda
tinggalkan kepada
waris / anak-anak anda
demi masa depan
mereka?

Carta Aliran Kehidupan


Kita akan melalui aliran kehidupan seperti diatas.
Bermula dari LAHIR - REMAJA - DEWASA, yang pasti kita akan MENINGGAL DUNIA.
Menurut kajian Statistik Penduduk, taraf kehidupan telah banyak berubah, satu kajian sains telah merumuskan bahawa umur kehidupan bagi kaum lelaki boleh dipanjangkan daripada 72 tahun kepada 82 tahun. Begitu juga dengan kaum wanita, daripada umur 76 boleh dilanjutkan lagi hingga 86 tahun.
Ini adalah kerana kemajuan sains dan teknologi yang begitu pesat dan canggih. Ramai yang mengubah cara hidup kepada kehidupan yang lebih bermutu dan sihat, menggunakan minyak tanpa kolestrol, minum air mineral / air yang dirawat, mengamalkan diet seimbang dan pelbagai vitamin kesihatan.
Kalau 30 tahun dahulu menghidap sakit jantung ibarat tunggu masa untuk mati sahaja tetapi sekarang dengan sistem perubatan yang canggih, pelbagai pembedahan dapat dilakukan, banyak penyakit boleh dikesan di peringkat awal dan pencegahan boleh dilakukan sebelum ianya merebak lebih teruk lagi.
Oleh yang demikian saya amat bersetuju dengan kenyataan ini.

Riwayat Ibnu Majar


Jelas di sini menunjukkan pengagihan wang pendapatan secara Islam di mana
1. 1/3 digunakan.
2. 1/3 disimpan.
3. 1/3 Amal Jariah.
Dengan menyertai satu Pelan Takaful, kita telah beramal dengan hadis berkenaan iaitu Akaun Peserta adalah simpan kita dan Akaun Khas Peserta adalah Amal Jariah kita.
Insya-Allah, Dunia dan Akhirat kita selamat

Sejarah Penubuhan Takaful



Majlis Fatwa Dunia Pertama telah bersidang di Kaherah, Mesir pada tahun 1960 semata-mata untuk membincangkan berkenaan dengan Insuran/Konvensional.
Keputusan sebulat suara adalah HARAM kerana terlibat dengan 3 elemen iaitu:-
Gharar.
Maisir.
Riba.
Majlis Fatwa Dunia Kedua bersidang sekali lagi di Mekah, Arab Saudi pada tahun 1965 dan keputusannya tetap SAMA. Pada 16 Jun 1972, Majlis Fatwa Dunia Yang Ke-5 telah bersidang di Kuala Lumpur untuk membincangkan isu yang sama. Rumusannya adalah INSURAN NYAWA TETAP HARAM.
Kerajaan Malaysia berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran dan urusan penting umat Islam. Oleh itu, kerajaan telah memperbanyakkan instrumen-instrumen Islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat (Perbankan Islam), pajak gadai Islam dan yang terpenting ialah Insurans secara Islam (Takaful).
Maka, Kerajaan Malaysia telah tubuhkan Akta Takaful 1984, di mana Bank Negara telah mengarahkan Bank Islam untuk mewujudkan sebuah syarikat Takaful dengan dikenali sebagai Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1984 dengan menggunakan sistem meja/kaunter.
Matlamat kerajaan supaya seluruh umat Islam berlindung di bawah Takaful kurang memberangsangkan. Oleh itu, ada desakan untuk mewujudkan satu lagi Takaful yang menggunakan sistem 'wakallah'@Wakil.
YPEIM datang berjumpa dengan Bank Islam tetapi Bank Islam sudah memiliki Syarikat Takaful. Kemudian YPEIM mengemukakan usul ini kepada Tabung Haji, juga tidak berminat. Begitu juga dengan Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia).
Oleh itu, YPEIM cuba mendekati satu syarikat milik penuh Bumiputera iaitu PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) untuk mendapatkan MODAL awal sebanyak 35 JUTA bagi memenuhi syarat Bank Negara untuk penubuhan Takaful.PNB berminat lalu mengarahkan anak syarikatnya iaitu MNI Holding untuk mengeluarkan modal tersebut.
Pada 15 Oktober 1993, wujudlah MNI Takaful Sdn Bhd dengan perkongsian modal MNI 80% dan YPEIM 20%.
Pada 8 Disember 1998, MNI Takaful Sdn Bhd telah ditukar nama kepada Takaful Nasional Sdn Bhd dengan pengurusan dan pentadbiran yang baru.
Pada 15 November 2007, Takaful Nasional Sdn Bhd telah ditukar nama kepada eTiQa Takaful dengan pengurusan dan pentadbiran yang baru (Maybank)
Takaful Nasional Sdn Berhad - penyedia perkhidmatan dan produk Takaful terulung di Malaysia, telah ditubuhkan pada 7 Jun, 1993 sebagai MNI Takaful dengan modal dibenarkan sebanyak RM50 juta dan modal berbayar sebanyak RM25 juta.Penubuhan ini adalah hasil daripada kerjasama antara Malaysia National Insurance Berhad (MNIB) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan pada tahun 1998, dalam satu usaha penjenamaan semula, MNI Takaful telah bertukar kepada Takaful Nasional Sdn Berhad (TN) sehingga kini. Pada Disember 15, 2005, MNI dan TN telah diambil alih oleh Kumpulan Maybank dan kini adalah ahli kumpulan Mayban Fortis Holdings Berhad.Pada tahun 1999, hasil daripada prestasi cemerlang yang ditunjukkan dan juga sokongan yang amat baik daripada para pelanggan, modal dibenarkan untuk TN telah ditingkatkan kepada RM500 juta dan modal berbayar kepada RM35 juta. Pada tahun 2004, sebagai langkah untuk menjadi lebih berdaya saing, modal berbayar Syarikat telah ditingkatkan kepada RM100 juta.