
Majlis Fatwa Dunia Pertama telah bersidang di Kaherah, Mesir pada tahun 1960 semata-mata untuk membincangkan berkenaan dengan Insuran/Konvensional.
Keputusan sebulat suara adalah HARAM kerana terlibat dengan 3 elemen iaitu:-
Gharar.
Maisir.
Riba.
Majlis Fatwa Dunia Kedua bersidang sekali lagi di Mekah, Arab Saudi pada tahun 1965 dan keputusannya tetap SAMA. Pada 16 Jun 1972, Majlis Fatwa Dunia Yang Ke-5 telah bersidang di Kuala Lumpur untuk membincangkan isu yang sama. Rumusannya adalah INSURAN NYAWA TETAP HARAM.
Kerajaan Malaysia berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran dan urusan penting umat Islam. Oleh itu, kerajaan telah memperbanyakkan instrumen-instrumen Islam seperti Bank Islam dan Bank Muamalat (Perbankan Islam), pajak gadai Islam dan yang terpenting ialah Insurans secara Islam (Takaful).
Maka, Kerajaan Malaysia telah tubuhkan Akta Takaful 1984, di mana Bank Negara telah mengarahkan Bank Islam untuk mewujudkan sebuah syarikat Takaful dengan dikenali sebagai Syarikat Takaful Malaysia Sdn Bhd pada tahun 1984 dengan menggunakan sistem meja/kaunter.
Matlamat kerajaan supaya seluruh umat Islam berlindung di bawah Takaful kurang memberangsangkan. Oleh itu, ada desakan untuk mewujudkan satu lagi Takaful yang menggunakan sistem 'wakallah'@Wakil.
YPEIM datang berjumpa dengan Bank Islam tetapi Bank Islam sudah memiliki Syarikat Takaful. Kemudian YPEIM mengemukakan usul ini kepada Tabung Haji, juga tidak berminat. Begitu juga dengan Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia).
Oleh itu, YPEIM cuba mendekati satu syarikat milik penuh Bumiputera iaitu PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) untuk mendapatkan MODAL awal sebanyak 35 JUTA bagi memenuhi syarat Bank Negara untuk penubuhan Takaful.PNB berminat lalu mengarahkan anak syarikatnya iaitu MNI Holding untuk mengeluarkan modal tersebut.
Pada 15 Oktober 1993, wujudlah MNI Takaful Sdn Bhd dengan perkongsian modal MNI 80% dan YPEIM 20%.
Pada 8 Disember 1998, MNI Takaful Sdn Bhd telah ditukar nama kepada Takaful Nasional Sdn Bhd dengan pengurusan dan pentadbiran yang baru.
Pada 15 November 2007, Takaful Nasional Sdn Bhd telah ditukar nama kepada eTiQa Takaful dengan pengurusan dan pentadbiran yang baru (Maybank)
Takaful Nasional Sdn Berhad - penyedia perkhidmatan dan produk Takaful terulung di Malaysia, telah ditubuhkan pada 7 Jun, 1993 sebagai MNI Takaful dengan modal dibenarkan sebanyak RM50 juta dan modal berbayar sebanyak RM25 juta.Penubuhan ini adalah hasil daripada kerjasama antara Malaysia National Insurance Berhad (MNIB) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan pada tahun 1998, dalam satu usaha penjenamaan semula, MNI Takaful telah bertukar kepada Takaful Nasional Sdn Berhad (TN) sehingga kini. Pada Disember 15, 2005, MNI dan TN telah diambil alih oleh Kumpulan Maybank dan kini adalah ahli kumpulan Mayban Fortis Holdings Berhad.Pada tahun 1999, hasil daripada prestasi cemerlang yang ditunjukkan dan juga sokongan yang amat baik daripada para pelanggan, modal dibenarkan untuk TN telah ditingkatkan kepada RM500 juta dan modal berbayar kepada RM35 juta. Pada tahun 2004, sebagai langkah untuk menjadi lebih berdaya saing, modal berbayar Syarikat telah ditingkatkan kepada RM100 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan