Khamis, 19 Jun 2008

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Perlindungan & Pengecualian

PERLINDUNGAN
Takaful keluarga melindungi anda dalam keadaan seperti kematian atau hilang upaya. Jika anda meninggal dunia sebelum pelan takaful anda matang, pengendali takaful akan membayar kepada penama (wasi) anda, manfaat-manfaat berikut:

Daripada AP anda
Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya dari tarikh penerimaan pelan takaful hingga tarikh pembayaran sebelum kematian.

Daripada AKP anda
Jumlah perlindungan risiko atau tabarru’.Jika anda masih hidup sehingga tarikh matang, anda layak untuk menerima manfaat-manfaat berikut:
Daripada AP anda : Amaun yang telah terkumpul di dalam AP anda serta keuntungan pelaburannya.

Daripada AKP anda: Lebihan bersih yang diperuntukkan kepada anda, jika ada.


PENGECUALIAN
Takaful keluarga pada lazimnya tidak melindungi perkara-perkara berikut:

*
Percubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dengan sengaja sama ada semasa anda siuman atau tidak.
*Jika anda melanggar undang-undang.
*Jika anda memprovokasi serangan.
*Jika anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
*Jika anda menghidap AIDS atau HIV.
*Sebab-sebab lain yang dilarang oleh undang-undang Syariah.

Tiada ulasan: