Khamis, 19 Jun 2008

MELINDUNGI KESIHATAN ANDA

Kos rawatan di hospital dan rawatan perubatan swasta kini semakin meningkat. Dengan pelan takaful perubatan dan kesihatan, anda dan keluarga boleh menikmati pelbagai rawatan yang terkini dan canggih ketika anda memerlukannya. Ketahui apakah sebenarnya yang dilindungi pelan takaful kesihatan dan perubatan.


PELAN TAKAFUL KESIHATAN DAN PERUBATAN.
Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan. Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas.


JENIS-JENIS PERLINDUNGAN UTAMA

* Fi Profesional Dan Perkhidmatan Hospital
Pelan ini memberi perlindungan kepada anda terhadap perbelanjaan perkhidmatan hospital dan fi profesional akibat kecederaan atau penyakit yang dialami, seperti caj wad, caj pembedahan dan caj unit rawatan rapi. Manfaat-manfaat ini boleh dihadkan kepada amaun maksimum dan/atau bilangan hari.

* Manfaat Penghospitalan.
Di bawah pelan ini, anda akan diberi elaun harian bagi setiap hari anda berada di hospital disebabkan oleh penyakit dan/atau kecederaan tertakluk kepada bilangan hari maksimum.

* Penyakit Kritikal
Pelan ini memberi manfaat sekali pembayaran sekiranya anda didiagnolisis menghidap salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal yang dinyatakan dalam sijil.

Tiada ulasan: