Rabu, 18 Jun 2008

Asal Usul eTiQa Takaful...

Mayban Fortis Holdings Berhad lahir pada tahun 2001 hasil daripada kerjasama diantara bank tempatan terbesar Malaysia, Maybank dan Fortis, penyedia penyelesaian kewangan terbesar di Eropah. Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis kerjasama ini menyaksikan penggabungan semua syairkat insurans Maybank di bawah Mayban Fortis.
Berasakan kekukuhan Maybank di dalam pasaran tempatan dan juga kepakaran Fortis di dalam bankasurans, kerjasama strategik ini menyaksikan peningkatan dalam premium yang dikeluarkan oleh Mayban Fortis daripada RM0.7 bilion pada tahun 2002 kepada RM1.3 bilion pada tahun 2005. Mayban Fortis, penyedia bankasurans paling di negara ini, berazam untuk menjadi peneraju industri insurans dalam semua saluran pengedarannya dan memperluaskan perniagaan takafulnya keperingkat antarabangsa.

Pada tahun 2005, Mayban Fortis terus berkembang dengan pengambilhalihan Malaysia National Insurance Berhad, penyedia insurans tempatan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Berhad, peneraju penyedia takaful di Malaysia. Penggabungan ini menjadikan Mayban Fortis syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia. Sejajar dengan penggabungan ini, Dato Aminuddin Md Desa telah dilantik sebegai Ketua Pegawai Eksekutif untuk menerajui syarikat gabungan ini.
Pada hari ini, Mayban Fortis adalah merupakan penyedia produk dan perkhidmatan insurans dan takaful yang menggunakan pelbagai saluran seperti tenaga agensi, cawangan insurans dan takaful, cawangan Maybank, internet, ATM dan lain-lain bank, menyediakan pecapaian dan kemudahan yang tiada tandingannya untuk para pelanggan.

Untuk tahun kewangan 2007, premium keseluruhan Mayban Fortis ialah RM4 bilion, menjadikannay penyedia insurans kedua terbesar di Malaysia, dengan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM313.5 juta.

Pada akhir tahun 2007, penggabungan antara Mayban Fortis, Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional tiba ke kemuncaknya apabila penaggabungan ini diberikan jenama baru iaitu Etiqa. Malaysia National Insurance dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad. Kedua-duanya kekal sebagai subsidiari Mayban Fortis.

Tiada ulasan: